Home Nasional Saya tak rasa kesan sampingan selepas suntik vaksin – Annuar

Saya tak rasa kesan sampingan selepas suntik vaksin – Annuar

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa menerima suntikan vaksin Pfizer-BioNTech di Klinik Kesihatan Kuala Lumpur. Foto WILAYAHKU, 02 MAC 2021.

KUALA LUMPUR – Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa selamat menerima suntikan vaksin Pfizer di Klinik Kesihatan  Titiwangsa hari ini.

Berkongsi pengalamannya, beliau berkata, ia bermula daripada sesi pendaftaran, pengisytiharan taraf kesihatan serta persetujuan menerima dos suntikan secara sukarela.

“Proses suntikan berjalan dengan baik, Kementerian Kesihatan susun dengan teratur dan protokol yang kemas,” katanya ketika ditemui hari ini.

Selepas disuntik, Annuar diberi masa 30 minit berehat dan memaklumkan tiada merasai apa-apa kesan sampingan selepas itu.

“Pengalaman ini satu testimoni yang mana rakyat dan masyarakat supaya tidak menaruh apa-apa kebimbangan,” ujarnya.

Annuar juga meyarankan agar rakyat mendaftar di aplikasi My Sejahtera untuk menerima suntikan vaksin.

“Kalau belum download MySejahtera, eloklah segera, sangatlah perlu. Eloklah semua orang Ada MySejahtera dan melaluinya cepat-cepat membuat pendaftaran supaya mendapat giliran untuk divaksin,” katanya lagi.

Annuar dijadualkan menerima dos kedua pada 23 Mac depan juga menasihati orang ramai supaya jangan takut menghadapinya.

“Tidak perlu ada sebarang kebimbangan baik daripada hukum syarak, atau sudut kesihatan kerana seluruh dunia sedang menjalaninya,” katanya.

Beliau seterusnya berharap rakyat Malaysia menjayakan Pelan Imuninasi Nasional Yang dirangka kerajaan bagi mengekang wabak penularan Covid-19.

Dalam pada itu, proses pemerimaan vaksin oleh petugas Kementerian Kesihatan juga bakal dimanfaatkan oleh lebih 40,000 barisan hadapan bagi fasa pertama. – MalaysiaGazette