Home Politik Agong mesti panggil sidang Parlimen dalam tempoh 6 bulan – Ku Li

Agong mesti panggil sidang Parlimen dalam tempoh 6 bulan – Ku Li

Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah.

KUALA LUMPUR – Yang Dipertuan Agong (YDPA) mesti memastikan Parlimen bersidang dalam masa enam bulan dari mesyuarat terakhirnya, kata Tengku Razaleigh Hamzah.

Veteran UMNO dan Ahli Parlimen Gua Musang itu berkata, ia telah ditetapkan dalam Perlembagaan yang dijunjung tinggi oleh YDPA dan Perdana Menteri.

Tengku Razaleigh atau lebih dikenali Ku Li berkata, YDPA harus “peka terhadap tanggungjawab terhadap negara” ketika menilai apa-apa kebenaran untuk memanggil sidang Parlimen.

“Perlembagaan menuntut agar Raja tidak membiarkan kelewatan memanggil sidang Parlimen selama enam bulan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam, Menteri Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang), Datuk Takiyuddin Hassan mengatakan Kabinet tidak akan menasihati YDPA untuk memanggil sidang Parlimen semula sepanjang tempoh darurat sehingga 1 Ogos depan.- MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Ku Li ..BAGAIMANA kehidupan rakyat di Gua Musang..
    Beliau sudah jadi wakil rakyat terlalu lama ,adakah ada improvement kat Gua Musang?

  2. Hi keturunan bangsawan, minta lah majlis raja-raja bermesyuarat dulu, perlu bersidang ke tangguh?

Comments are closed.