Home Seni Hidup Rita Rudaini mahu saman blog hiburan

Rita Rudaini mahu saman blog hiburan

Foto Instagram Rita Rudaini

KUALA LUMPUR – Sebuah laman blog hiburan berdepan tindakan saman setelah memuat naik satu posting yang berunsur fitnah terhadap pelakon Rita Rudaini.

Artikel itu mengatakan Rita sedang berbaik semula dengan bekas suaminya yang juga pengulas sukan Astro Arena, Akbar Sahari.

Akbar telah menafikan dakwaan artikel itu semalam selain turut membuat laporan polis.

Rita pula turut bengang dan memuat naik satu posting di laman sosial Instagram miliknya yang meluahkan rasa marah serta meminta blog tersebut memohon maaf secara terbuka dalam masa 24 jam.

“Saya bagi masa dalam 24 jam. Kalau tak mohon maaf secara terbuka kepada saya dan family, saya akan saman. Bukan susah nak cari siapa di sebalik blog ini. Saya tak suka cakap banyak dan tak suka maki hamun orang. Tapi saya wanita yang berani. Dalam masa 24 jam ya! MOHON MAAF SECARA TERBUKA DAN BERTULIS SEKALI KEPADA SAYA DAN FAMILY!“ tulis pelakon kelahiran Perlis itu.

Rita Rudaini pernah mendirikan rumah tangga bersama Akbar pada 1999 sebelum bercerai pada 2001.

Kemudian, Rita berkahwin dengan pemain bola sepak kebangsaan, Mohd Aidil Zafuan Abdul Razak pada 2008 dan berpisah pada 2013.

Hasil perkahwinan, pasangan itu mempunyai dua anak lelaki, Airit Rayyan Rizqin, 8, dan Airit Qaqa Arjuna, 5. – MalaysiaGazette