Home Utama Paul Yong, Sivasubramaniam sah sertai Bersatu

Paul Yong, Sivasubramaniam sah sertai Bersatu

KUALA LUMPUR- Dua bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Perak secara rasmi menyertai Parti Pribumu Bersatu Malaysia (Bersatu).

Setiausaha Bersatu Perak, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin berkata, ADUN Tronoh, Paul Yong Choo Kiong dan ADUN Buntong, A. Sivasubramaniam sah menyertai parti berkenaan.

Paul dan Sivasubramaniam sebelum ini adalah ADUN DAP sebelum keluar parti itu pada Mac tahun lalu untuk menyokong Perikatan Nasional (PN).

Pada 26 Jun tahun lalu, Sivasubramaniam menyertai GERAKAN selepas tiga bulan keluar DAP dan Pakatan Harapan (PH).

Paul pula memilih menjadi ADUN Bebas.

Beliau pernah dilanda kontroversi kerana dituduh merogol seorang pembantu rumah warga Indonesia pada Ogos 2019.

Pada 21 Disember tahun lepas, Mahkamah Tinggi Ipoh menetapkan 30 Mac hingga 9 April ini sebagai tarikh untuk memulakan perbincaraan kes rogol berkenaan.-MalaysiaGazette

 

 

 

1 Komen

  1. Wah! desperatenya Bersatu..ada kes rogol pun sapu! apa ada kisah kan..kes semburit pun ok…Hadi Awang kata apa? haaa

Comments are closed.