Home Dunia PBB belum dapat bukti Puteri Latifa masih hidup

PBB belum dapat bukti Puteri Latifa masih hidup

Wajah Sheikah Latifa dalam video yang disiarkan oleh BBC. foto Agensi

GENEVA – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu masih belum melihat sebarang bukti yang Puteri Latifa masih hidup, selepas dua minggu ia meminta bukti dari Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Puteri kepada pemerintah UAE itu pernah cuba meninggalkan negara tersebut pada tahun 2018.

Bagaimanapun, puteri itu mendakwa para komando telah memberinya dadah ketika menahannya di dalam bot dan kembali menyerahkan kepada bapanya.

Sejak itu hubungan dengan Puteri Latifa terputus.

Keluarga diraja Dubai sebelum ini mendakwa puteri itu dalam keadaan selamat dan dijaga di rumah.

Kehilangan Puteri Latifa menjadi perhatian semula selepas rakaman videonya disiarkan oleh BBC, yang mendakwa di kurung di dalam rumah.

Rakaman itu dibuat dari dalam bilik mandi.

Serentak itu, PBB menggesa UAE membuktikan puteri itu masih hidup.

Setakat ini, belum ada perkembangan lagi mengenai nasib puteri tersebut.

Jurucakap PBB, Robert Colville telah mengadakan mesyuarat dengan diplomat UAE di Geneva.

Tetapi katanya: “Belum lagi” (merujuk kepada bukti tersebut).

Bapa Puteri Latifa, Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum, adalah antara individu terkaya di dunia, juga pemerintah Dubai dan Naib Pressiden UAE. – MalaysiaGazette