Goloaudara pengarang,
Untuk makluman, Menteri Kewangan Malaysia telah mengumumkan bahawa kerajaan melalui Program e-Belia akan mengkreditkan RM100 ringgit secara one-off ke dalam akaun e-wallet individu berusia 18 hingga 20 tahun dan semua pelajar IPTA dan IPTS tanpa mengira umur pada sesi pembentangan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat.
Kami ahli-ahli Parlimen Belia Malaysia menyambut baik inisiatif tersebut sebagai langkah ke arah membudayakan transaksi kewangan tanpa tunai dalam kalangan golongan belia terbabit.
Selain itu, bantuan e-wallet turut membantu meringankan beban kewangan para belia dan keluarga.
Namum, kami mendapati golongan terbabit masih belum menerima bantuan tersebut walaupun dijanjikan akan diberikan pada awal tahun 2021.
Oleh itu, kami ingin menggesa kerajaan atau kementerian tertentu supaya mempercepatkan proses pembayaran memandangkan sesi pembukaan Institusi Pendidikan telah dilaksanakan secara berperingkat mulai Mac 2021.
Kong Cheng Ann
Ahli Parlimen Belia Malaysia
Negeri Sarawak (SRW12)
Ooi Ai Zhen
Ahli Parlimen Belia Malaysia
Negeri Pulau Pinang (PP07)
Tan Zhen Zune
Ahli Parlimen Belia Malaysia
Negeri Kedah (KDH10)