KUALA LUMPUR – Felda Global Ventures Berhad (FGV) hari ini mengumumkan pelantikan tiga individu dalam lembaga pengarahnya.
Mereka ialah Datuk Abu Bakar Harun, Datuk Ab Ghani Mohd Ali dan Muzzammil Mohd Nor.
Abu Bakar merupakan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Felda Negeri Pahang manakala Ab Ghani adalah pemangku Ketua Pengarah Felda dan Muzammil pula Timbalan Pengarah Besar (Pengurusan) Felda.
Pelantikan mereka dimaklumkan kepada Bursa Malaysia hari ini.
Sebelum ini, Pengerusi FELDA, Tan Sri Shahrir Abdul Samad memberitahu telah mencalonkan tiga individu dalam Lembaga Pengarah FGV bagi mewakili Felda sebagai pemegang saham terbesar FGV.
Felda berkata, tiga individu tersebut terdiri daripada Ahli Lembaga Pengarah dan Pengurusan Kanan Felda. – MalaysiaGazette