BRAZIL – Bekas Presiden Brazil, Luiz Inacio Lula da Silva disabitkan dengan tuduhan rasuah dan dijatuhi hukuman penjara sembilan setengah tahun.
Hakim memutuskan bahawa dia boleh bebas hingga menunggu rayuan.
Lula menafikan dakwaan beliau menerima sebuah apartmen sebagai rasuah dalam skandal yang dikaitkan dengan syarikat minyak Petrobras.
Beliau mendakwa perbicaraan itu bermotivasi politik dan menafikan semua pertuduhan.
Ia merupakan kes pertama bagi lima pertuduhan terhadap beliau.
Lula menjadi presiden selama lapan tahun sehingga 2011 dan berminat untuk mencalonkan diri untuk pilihan raya tahun depan untuk sayap kiri Parti Pekerja.
Pada hari Rabu, mahkamah mendapati beliau bersalah menerima rasuah daripada firma kejuruteraan OAS dalam bentuk apartmen di tepi pantai sebagai balasannya untuk mendapatkan kontrak dengan syarikat minyak negara itu.
Dalam satu kenyataan, peguam Lula menegaskan anak guamnya tidak bersalah dan akan membuat rayuan.
“Selama lebih dari tiga tahun, Lula telah tertakluk kepada penyiasatan yang bermotivasi politik. Tidak ada keterangan yang pasti tentang kesalahan yang telah dilakukan dan bukti yang sangat nyata dia tidak bersalah telah diabaikan,” katanya.
Ketua Parti Pekerja, Senator Gleisi Hoffmann, juga mengecam keputusan itu, mengatakan ia dirancang untuk menghentikan Lula daripada sebarang jawatan.
Beliau berkata, parti itu akan membantah keputusan tersebut. – MalaysiaGazette