KUALA LUMPUR – Jangkaan lebih banyak UMNO negeri dan bahagian akan melanggar keputusan Majlis Tertinggi UMNO yang tidak mahu bersama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 adalah andaian yang agak lemah.
Veteran UMNO, Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata, di Perlis, Bersatu tidak menang pun walau satu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen.
Maka, bunyinya sedaplah apabila Datuk Seri Shahidan Kasim berkata Perlis tidak akan ikut keputusan MT dan sebaliknya akan kerjasama dengan Bersatu dan PN (Perikatan Nasional).
”Kalau PPBM (Bersatu) tak menang DUN atau kawasan Parlimen di Perlis, adakah Shahidan bersedia menyerah satu atau dua kerusi BN kepada PPBM untuk ditandingi? Atau Pas nak buat begitu? Atau suruh PPBM bertanding kerusi yang BN kalah?
”Begitu juga di negeri Annuar Musa. PPBM ada kerusi Parlimen Jeli kerana Mustapha Mohamed melompat keluar dari UMNO. Mahukah UMNO Kelantan menyerahkan Jeli ke PPBM?,” soal beliau.
Bak kata seorang pemimpin UMNO Kelantan kerana Pas berada dalam PN, maka Pas lebih banyak kerusi untuk diberi satu kepada Mustapa.
Manakala, Sabah pula diberi otonomi untuk mengendalikan hal parti di negeri itu.
Jadi apa pun pendirian UMNO Sabah, maka MT UMNO akan menghormatinya.
Kesimpulannya, kata Shahrir, keputusan MT UMNO tidak sama sekali memeranjatnya bahagian Johor Bahru.
”Itulah kehendak kami pun,” ujarnya.
Jelasnya, walaupun Bersatu menang DUN Larkin pada PRU 14 tetapi parti itu menang atas tiket PH.
“Berapa undi yang PPBM dapat atas kekuatan senĸiri sebenarnya?,” tanya beliau lagi sambil mendedahkan Bersatu tengah bergaduh sesama sendiri di Johor Bahru sehinggakan tak mampu memberi nama calon parti untuk duduk sebagai Ahli Majlis Bandaraya Johor Bahru.
Tambah beliau, jika Bersatu tidak ada kekuatan sebenar, rugi untuk UMNO yang kena dokong calon Bersatu pada PRU15.
”Kami di JB akan tetap mahukan BN bertanding di ketiga-tiga kerusi parlimen dan DUN di Johor Bahru. Kami tak termasuklah dalam ‘scheme of things’ PPBM,” katanya. – MalaysiaGazette
Lebih banyak UMNO negeri, bahagian mahu bekerjasama dengan Bersatu – Annuar
Kptsn MT UMNO adalah pilihan rakyat marhaen dan akar umbi penyokong..kami tetap x mahu bersama dgn ppbm sejak DULU KINI DAN SELAMANYA