KUALA LUMPUR – AirAsia menambah kekerapan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu, Kuala Terengganu, Johor Bahru dan Alor Setar untuk memenuhi permintaan sempena sambutan Hari Raya Aidiladha tidak lama lagi.
Penerbangan ke Kota Bharu akan bertambah daripada 75 ke 89 penerbangan sehala seminggu, Kuala Terengganu kepada 54 dan Alor Setar sebanyak 40 penerbangan sehala seminggu untuk tempoh perjalanan dari 26 Ogos 2017 hingga 3 September 2017.
Manakala, penerbangan ke Johor Bahru akan bertambah kepada 41 penerbangan sehala seminggu bagi tempoh perjalanan dari 29 Ogos hingga 12 September 2017.
Sempena musim perayaan akan datang, AirAsia menawarkan 20% diskaun untuk semua tempat duduk bagi semua penerbangan bermula sekarang hingga 16 Julai 2017 untuk tempoh perjalanan dari 17 Julai 2017 hingga 23 November 2017.
Tempahan boleh dibuat melalui airasia.com, aplikasi AirAsia untuk peranti mudah alih dan AirAsiaGo. Ahli-ahli AirAsia BIG juga boleh menebus penerbangan melalui kempen ini dengan mata ganjaran AirAsia BIG mereka. – MalaysiaGazette