MGNews : Belum Ada Keperluan Mendesak Adakan Sidang DUN Selangor – Amirudin Shari

Kerajaan negeri Selangor akan mengadakan perbincangan samada ada keperluan untuk mengadakan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri atau tidak.

Menteri Besarnya, Datuk Seri Amirudin Shari berkata ini kerana segala urusan untuk mengadakan sidang DUN mahupun Dewan Rakyat terkandung dalam Ordinan Darurat yang ditandatangani Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.