Home Dunia Individu sudah terima vaksin penuh boleh jalani kehidupan normal – CDC

Individu sudah terima vaksin penuh boleh jalani kehidupan normal – CDC

Seorang wanita menerima suntikan vaksin. foto Agensi

WASHINGTON – Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (CDC) mengumumkan warga Amerika yang diberi vaksin sepenuhnya boleh menjalani kehidupan normal.

Mereka yang telah mendapat suntikan vaksin boleh menziarahi individu yang sudah mendapat suntikan dan beberapa orang yang tidak mendapat vaksin, menurut garis panduan baharu.

Individu dianggap sudah mendapat perlindungan dua minggu selepas mereka mengambil dos akhir vaksin, kata CDC.

Lebih 30 juta rakyat Amerika telah divaksinasi sepenuhnya setakat ini.

Pegawai kesihatan mengumumkan garis panduan keselamatan baharu itu pada taklimat pasukan petugas koronavirus White House.

Cadangan itu mengatakan warga Amerika yang divaksinasi sepenuhnya boleh:

1. Bertemu di dalam rumah dengan individu lain yang diberi vaksin sepenuhnya tanpa topeng atau jarak sosial;
2. Bertemu di dalam rumah dengan orang yang tidak divaksinasi dari satu isi rumah, jika mereka berisiko rendah untuk mendapat penyakit daripada virus berkenaan;
3. Langkau ujian atau kuarantin apabila terkena Covid-19, kecuali jika gejala muncul

“Kami sudah mula menggambarkan bagaimana rupa dunia ketika kita melampaui Covid-19.

“Semakin banyak orang mendapat vaksin … senarai aktiviti akan terus berkembang,” kata penasihat kanan Andy Slavitt kepada wartawan.

Mereka yang diberi vaksin masih perlu mengikuti langkah-langkah keselamatan asas yang lain, seperti memakai topeng dan menjauhkan diri di tempat awam serta mengelakkan orang ramai dan melakukan perjalanan.

Garis panduan ini juga mengekalkan pemakaian pelitup muka dan penjarakkan sosial daripada mereka yang tidak divaksinasi dan yang berisiko tinggi mengalami komplikasi serius berkaitan Covid-19.

AS telah menyaksikan peningkatan baru-baru ini dalam jumlah suntikan setiap hari.

Lebih daripada 90 juta vaksin telah diberikan sehingga kini.

Kelulusan vaksin ketiga, Johnson & Johnson, juga telah membantu meningkatkan bekalan.

Tetapi pegawai kesihatan masih memberi amaran bahawa Covid-19 kekal menjadi perhatian serius setakat ini. – MalaysiaGazette