Home Nasional DASH laksana laluan kontra

DASH laksana laluan kontra

I

KUALA LUMPUR – Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) akan melaksanakan sistem laluan kontra di Persiaran Pulau Angsa dekat sini bermula pada 15 Julai 2017 sehingga 31 Disember 2018.

Perubahan laluan ini adalah sebahagian daripada langkah-langkah pengurusan trafik bagi memberi laluan kepada pembinaan Lebuhraya DASH di kawasan berkenaan.

Sehubungan dengan itu, orang awam diminta untuk mematuhi arahan kawalan trafik bagi memastikan perjalanan yang lancar dan selesa. – MalaysiaGazette