Home Nasional Simpan duit, jangan asyik bayar kompaun – ACP Razali

Simpan duit, jangan asyik bayar kompaun – ACP Razali

Razali Abu Samah.

SERDANG – Polis Daerah Serdang mengeluarkan sebanyak 2,627 kompaun atas pelbagai kesalahan ketidakpatuhan prosedur operasi standard ke atas komuniti di daerah tersebut dari 18 Mac 2020 hingga 12 Januari lalu.

Bagi tempoh 13 Januari lalu hingga semalam sahaja, sebanyak 586 kompaun telah dikeluarkan.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kompaun yang dikenakan adalah 3,212 kompaun kerana ingkar SOP sahaja, kata Ketua Polis Daerah Serdang, ACP Razali Abu Samah.

Oleh itu, beliau menasihati orang ramai supaya terus mematuhi SOP yag ditetapkan pada waktu PKP Bersyarat ketika ini kerana mulai esok kompaun baharu berjumlah RM10,000 bakal dikenakan ke atas orang yang ingkar SOP.

“Kami tidak akan berkompromi kalau sesiapa yang melanggar SOP PKP.

“Waktu PKP sila patuhi arahan dan duduk rumah serta simpan wang jangan asyik bayar kompaun kerana saya tidak akan berkompromi selepas ini dalam melaksanakan tindakan tegas ke atas orang yang ingkar arahan,” tambahnya. – MalaysiaGazette