LONDON – Pep Guardiola menyatakan rasa kecewanya dengan sistem Video Penolong Pengadil (VAR) selepas dinafikan sepakan penalti menentang Southampton.
Dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) semalam, Manchester City menjinakkan the Saints 5-2 sekaligus melebarkan mata dengan pesaing lain dalam liga.
Namun Guardiola menyatakan kekesalahannya kerana sistem VAR gagal menghadiahkan sepakan penalti kepada pasukannya selepas Phil Foden diterjah oleh Alex McCarthy semasa kedudukan terikat 1-1.
“Terkejut sepakan penalti tidak diberikan walaupun sangat jelas pemain saya dikasari penjaga gol Southampton atas padang tadi,” katanya.
Man City memerlukan enam lagi kemenangan untuk mengesahkan gelaran EPL ketiga kariernya dalam empat musim ini.
Namun dia tidak mahu menyalahkan pengadil Jon Moss atas kesilapan teknikal VAR itu.
VAR mempertahankan keputusan itu apabila menjelaskan bahawa McCarthy menyentuh bola semasa berlaku terjahan itu dan VAR tidak ada sebab untuk menghukum dan menghadiahkan penalti kepada Man City.
“Pengadil perlawanan tak dapat melihat kesilapan itu tetapi VAR seharusnya sedar kesalahan pemain lawan di atas padang.. Saya pelik kenapa VAR menafikannya,” dakwa Pep.- MalaysiaGazette