Home Utama Pasangan kekasih langgar polis didakwa

Pasangan kekasih langgar polis didakwa

Anggota polis mengiringi sepasang kekasih ke mahkamah kerana melanggar penjawat awam ketika pemeriksaan di McDonalds Bandar Baru Bangi selasa lalu di Mahkamah Bandar Baru Bangi. Foto HAFIZ SOHAIMI, 12 MAC 2021.

BANGI – Pasangan kekasih yang tular yang melanggar lari anggota polis dengan kereta di parkir restoran makanan segera di Bandar Baru Bangi Selasa lalu didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Lelaki terbabit yang merupakan seorang pekerja kilang bagaimanapun mengaku salah atas dua tuduhan menyebabkan kecederaan dan melakukan khianat ke atas anggota polis semasa melakukan pemeriksaan dalam kejadian 9 Mac lalu.

Bagaimanapun teman wanitanya pula mengaku tidak bersalah dalam dua pertuduhan bersubahat dalam insiden tersebut.

Mereka membuat pengakuan selepas kertas pertuduhan dibacakan secara berasingan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen yang bertindak sebagai majistret, Effandi Nazila Abdullah.

Kedua-dua tertuduh, Muhammad Asraf Zulkifli,19 dan wanita dipercayai kekasihnya, Umiezatul Asyikin Nasrun, 20, dibawa ke mahkamah pukul 9.30 pagi secara berasingan dari Balai Polis Semenyih dan Balai Polis Bangi.

Mengikut pertuduhan pertama, Muhammad Asraf didapati menyebabkan kecederaan ke atas penjawat awam iaitu anggota polis, Mohamad Amirul Yahya ketika sedang menjalankan tugasnya.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu pada 9 Mac lalu pukul 10.30 malam bertempat di tempat letak kenderaan McDonalds, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi yang boleh dihukum di bawah Seksyen 332 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara maksimum tiga tahun atau denda dan kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.

Manakala dalam pertuduhan kedua pula tertuduh di lokasi dan masa yang sama didakwa melakukan khianat dengan sengaja merosakkan handle bar, ekzos, sport rim dan plat nombor pendaftaran belakang motosikal jenis Yamaha Y15 bernombor pendaftaran VED3687 milik Mohamad Amirul dan telah menyebabkan kerugian sebanyak RM1,060.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-dua sekali jika disabitkan kesalahan.

Dalam pada itu, Umiezatul Asyikin pula turut didakwa atas dua pertuduhan yang sama yang mana kesalahan tersebut telah dilakukanm hasil persubahatan yang dibacakan bersama Seksyen 109 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman yang sama.

Dia dituduh bersubahat bersama Muhammad Asraf yang menyebabkan kecederaan dan khianat ke atas anggota polis serta motosikal Yamaha Y15 milik anggota polis yang sama semasa kejadian.

Bagaimanapun dia mengaku tidak bersalah ke atas kedua-dua tuduhan bersubahat dengan tertuduh pertama Muhammad Asraf.

Pendakwaan dilakukan oleh Muhammad Fauzan Mohd Nor dan menawarkan wang jaminan RM10,000 untuk kedua-dua tertuduh.

Bagaimanapun Effandi membenarkan masing-masing diikat jamin dengan wang jaminan RM2,500 untuk setiap pertuduhan bagi kedua-dua tertuduh.

Justeru beliau menetapkan 12 April sebagai tarikh sebutan semula kes sementara menunggu laporan akhlak Muhammad Asraf dari Jabatan Kebajikan Masyarakat.- MalaysiaGazette

VIDEO BERKAITAN:

1 Komen

  1. alaaa dik ooi..nak mengongkek pun pergi laa check in hotel 5 star ke…ni kat parking McD ko nak projek…jenis jantan bangsat tak berduit ni…

Comments are closed.