Home Seni Hidup Risteena, Isa akhirnya kahwin juga

Risteena, Isa akhirnya kahwin juga

Risteena Munim dan Isa Khan akhirnya bergelar suami isteri.

KUALA LUMPUR – Selepas menangguhkan pernikahan gara-gara penularan wabak Covid-19, pelakon Risteena Munim dan Isa Khan akhirnya tsah bergelar sebagai pasangan suami isteri hari ini.

Majlis akad nikah pasangan berkenaan telah berlangsung di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya kira-kira pukul 10.40 pagi.

Menerusi Instagram Live yang dibuat di akaun Risteena, pelakon itu turut meluahkan rasa syukur selepas semuanya berjalan dengan lancar.

Pada majlis pernikahan tersebut, Risteena dan Isa memilih untuk mengenakan persalinan putih pereka fesyen Ezuwan Ismail.

Menerusi video yang dikongsikan, dapat dilihat majlis itu hanya dihadiri anggota keluarga termasuk adik Risteena iaitu pelakon, Ruhainies.

Sebelum ini, pasangan berkenaan mengikat tali pertunangan pada 23 November 2019 ketika bercuti di Bali, Indonesia.

Mereka yang sepatutnya bernikah pada 21 November lalu terpaksa mengangguhkannya berikutan pandemik Covid-19. – MalaysiaGazette