Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menasihati pengguna agar tidak melakukan pembelian panik telur sehingga mengganggu bekalan di negara ini, susulan laporan penarikan balik telur keluaran sebuah syarikat Malaysia daripada pasaran Singapura.
Menurut kenyataan Bahagian Penguatkuasa KPDNHEP malam ini, bahagian itu sedang menilai kesan terhadap bekalan telur di negara ini susulan tindakan pihak berkuasa Singapura tersebut yang dibuat sebagai langkah berjaga-jaga berikutan dakwaan penemuan bakteria Somanella Enteritidis (SE).