BUENOS AIRES – Berpuluh-puluh penunjuk perasaan menyerang bas mini yang membawa Presiden Argentina, Alberto Fernández, di Patagonia.
Orang ramai berkumpul di sekeliling Fernandez dan melemparkan batu dan menendang kenderaannya di luar pusat komuniti di wilayah selatan Chubut.
Mereka cuba menghalang kenderaan itu bergerak.
Presiden itu mengunjungi kawasan yang dilanda kebakaran hutan, yang telah mengorbankan seorang mangsa dan mencederakan beberapa yang lain.
Tunjuk perasaan itu diadakan bagi menentang rancangan presiden untuk memulakan semula perlombongan terbuka di Chubut.
Para penunjuk perasaan marah dengan cadangan kerajaan untuk membenarkan projek berskala besar di wilayah yang kaya dengan emas, perak dan uranium, lapor akhbar Clarín.
Bagaimanapun, bas mini berkenaan berjaya bergerak meskipun dalam keadaan kebanyakan tingkapnya pecah.
Kebakaran hutan berlaku di wilayah Patagonia sejak kebelakangan ini, memaksa penduduk keluar dari kawasan tersebut.
Hampir 200 kediaman musnah.
Beberapa bandar juga mengalami gangguan bekalan elektrik dan yang lain ditinggalkan tanpa bekalan air.
Punca kebakaran masih belum diketahui, tetapi Kementerian Dalam Negeri Argentina percaya kebakaran itu bukan disengajakan. – MalaysiaGazette