Home Foto Pilihan Pemulihan Ekonomi Penghubung Kesejahteraan Rakyat

Pemulihan Ekonomi Penghubung Kesejahteraan Rakyat

Peniaga kecil seperti pengusaha kedai gunting rambut menarik nafas lega selepas kerajaan membenarkan beroperasi sekaligus dapat menaikan ekonomi mereka yang terjejas akibat pelaksanaan PKP berikutan pandemik Covid-19 di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 13 MAC 2021.

Rata-rata peniaga kecil sehingga ke gedung besar dilihat kembali bernyawa selepas kerajaan mengumumkan penamatan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 dan menggantikannya dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Rakyat juga kembali yakin dalam menjalani kehidupan dan aktiviti seharian sejurus negara mula menggerakkan program imunisasi Covid-19.

Ini kerana pemberian vaksin dilihat mempunyai hubungan kuat dengan pemulihan semula ekonomi yang terjejas berikutan penularan pandemik Covid-19 sejak lebih setahun lalu.

Walaupun perjalanan rentas negeri masih belum dibenarkan namun orang ramai sudah mula mengerumuni tempat-tempat tumpuan di ibu kota untuk melepaskan rindu beriadah bersama keluarga selepas terpaksa berkurung di dalam rumah ketika PKP.

Ditambah pula dengan pelbagai jenis bantuan yang disalurkan oleh kerajaan menjadikan orang ramai kembali berbelanja lantas menyokong para peniaga kecil mencari sumber rezeki.

Selain itu, pasar dan gedung beli-belah terus menjadi tumpuan warga kota mencari barangan keperluan sekali gus merancakkan kembali ekonomi negara.

Kesan dari orang ramai membeli belah sedikit sebanyak dapat merancakkan ekonomi negara yang merudum akibat pandemik Covid-19 melanda dunia sejak tahun lalu di Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 13 MAC 2021.
Pemandangan awal pagi bandaraya Kuala Lumpur yang menandakan seperti harapan setiap rakyat Malaysia agar ekonomi kembali mengembang dan dapat kembali hidup seperti biasa semula tanpa pandemik Covid-19. Foto HAZROL ZAINAL, 13 MAC 2021.
Kenderaan kembali sesak berikutan kebanyakan sektor perniagaan dan sosial dibenar beroperasi bagi meningkatkan semula ekonomi di Lebuhraya Persekutuan Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 13 MAC 2021.
Keadaan LRT yang dipenuhi penumpang semula berikutan pekerja-pekerja tidak lagi bekerja dari rumah di Stesen Pasar Seni, Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 13 MAC 2021.
Ada juga yang terpaksa bekerja hingga lewat malam bagi menampung perbelanjaan mereka di Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 13 MAC 2021.
Suntikan vaksin Covid-19 diberi kepada barisan hadapan terlebih dahulu sempena Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan merupakan tanda permulaan harapan setiap rakyat agar keadaan menjadi seperti biasa bebas dari pandemik dan secara tidak langsung membolehkan ekonomi kembali pulih dan mengembang di Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 13 MAC 2021.
Orang awam, Noraziah Abdul Manan melakukan pendaftaran suntikan vaksin bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 13 MAC 2021.
Dua kanak-kanak riang bermain belon sabun semasa beriadah bersama ibu bapanya di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 13 MAC 2021.
Bagi mengekalkan ekonomi keluarganya sepasang suami isteri, Rafiz Zainal dan Rusydina Norman terpaksa menjual barangan cermin mata dari rumah sahaja selepas kedainya tutup kesan dari pandemik Covid-19 di Subang, Selagor. Foto HAZROL ZAINAL, 13 MAC 2021.
Sepasang keluarga gigih membawa barangan yang dibelinya dengan menaiki motorsikal di Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 13 MAC 2021.
Pasar awam kembali dipenuhi pelangan yang menunjukkan pergerakan ekonomi negara semakin mengembang setelah terkesan dengan pandemik Covid-19 di Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 13 MAC 2021.
Pertambahan jumlah pelanggan dapat menaikkan semula pendapatan dan ekonomi peniaga yang terjejas akibat pandemik Covid-19 di Medan Selera MainRoad Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 13 MAC 2021.
Barang kemas menjadi pilihan orang ramai untuk membuat pelaburan dikala pandemik Covid-19 melanda sebagai persediaan menghadapi ekonomi yang tidak menentu di Kedai Emas Tanah Merah Permaisuri, Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 13 MAC 2021.