Home Nasional Ops Sarang: Polis rampas 20 kg daun ketum

Ops Sarang: Polis rampas 20 kg daun ketum

PDRM police Nilai stepfather drugs boy Tanjung Sepat Selangor Exco Raya celebration
Gambar hiasan.

MELAKA – Polis menahan tujuh lelaki dan merampas 20 kilogram daun ketum serta 57 liter air ketum dalam serbuan di sebuah di sebuah rumah kedai kosong yang disyaki dijadikan tempat pemprosesan air ketum di Taman Desa Taming Sari di Sungai Udang di sini, awal pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Melaka, Supt Zulkiflee Rashid berkata tujuh lelaki berusia lingkungan 40-an yang disyaki terlibat menjalankan aktiviti memproses dan menjual air ketum itu ditahan dalam Ops Sarang pada kira-kira 4.30 pagi.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati premis berkenaan dijadikan tempat memproses dan menjual air ketum sejak kira-kira tiga bulan lepas, dan air ketum dijual pada harga RM10 sebungkus atau seliter.

“Daun ketum disyaki diperoleh dari utara tanah air, dan ia diproses bagi memenuhi permintaan di sekitar Sungai Udang. Pelbagai alatan memasak dipercayai digunakan untuk memproses air ketum turut dirampas seperti periuk, dapur gas dan tong gas,” katanya kepada pemberita selepas Op Sarang JSJN Melaka di sini, hari ini.

Sementara itu dalam operasi di sekitar Sungai Udang dan Krubong termasuk di Tapak Pelupusan Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Sanitasi Sungai Udang serta Tapak Pelupusan Sampah di Krubong dari pukul 2.00 pagi hingga 5.30 petang tadi, 71 lelaki dan enam wanita berusia 16 hingga 68 tahun ditahan atas pelbagai kesalahan berkaitan dadah.

Zulkiflee berkata, operasi bersepadu itu melibatkan 173 anggota daripada pelbagai agensi penguatkuasa antaranya polis, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM). – Bernama