RIYADH – Gabungan tentera yang diketuai Arab Saudi berjaya memintas dan memusnahkan dron yang dilancarkan oleh Houthi.
Dron berkenaan menghala ke bandar selatan Arab Saudi di Khamis Mushait.
“Pengganas Houthi meneruskan usaha untuk mensasarkan orang awam dan benda awam. Kami mengambil kaedah operasi untuk melindungi orang ramai dan harta benda awam dari serangan pengganas,” kata kenyataan yang dikeluarkan.
Khamis Mushait adalah bandar barat daya yang menjadi tempat Pangkalan Udara Raja Khalid.
Gerakan Houthi Yaman secara berkala melancarkan dron dan peluru berpandu ke arah Arab Saudi tetapi kebanyakan berjaya dipintas.
Beberapa serangan sebelum ini melanda Lapangan Terbang Antarabangsa Abha yang terletak kira-kira 120 kilometer (75 batu) dari sempadan dengan Yaman. – MalaysiaGazette