Home Dunia Polis Sepanyol sita 600 kilogram kokain milik kartel dadah

Polis Sepanyol sita 600 kilogram kokain milik kartel dadah

Kokain milik kartel dadah yang dirampas polis Sepanyol di Madrid, semalam

MADRID – Sebanyak 20 buah kereta mewah, termasuk sebuah Ferrari bernilai 250,000 euro (1.2 juta) antara barangan disita polis Sepanyol, susulan penangkapan 12 ahli kartel dadah terbesar di ibu negara Sepanyol itu, semalam.

Menerusi tangkapan itu, polis turut merampas wang tunai €700,000 (RM3.43 juta) dan pelbagai senjata api, termasuk revolver dan pedang.

Polis turut merampas parang, senjata automatik dan kokain seberat 600 kilogram.

“Kartel ini adalah organisasi pengedaran kokain terbesar Sepanyol dan ahlinya tinggal di kediaman mewah namun tidak mempunyai status pekerjaan sah.

“Ahli kartel ini menggunakan kod nama bagi merujuk kepada ahli lain atau pangsapuri digunakan untuk menyimpan kokain,” kata polis menerusi satu kenyataan.

Menurut kenyataan itu, kartel terbabit dikategorikan sebagai sangat ganas susulan banyak senjata ditemui semasa serbuan.

Ketua kumpulan itu yang didakwa berasal dari Maghribi, didapati berhubung dengan kumpulan dadah di Colombia, Maghribi, Sepanyol dan Eropah Utara.

Polis Sepanyol bekerjasama dengan pihak Colombia dalam operasi tangkapan itu. – MalayiaGazette