Home MG Flash Acara Berbasikal Disertai Zuraida Patuh SOP – Penganjur #MGFlash

Acara Berbasikal Disertai Zuraida Patuh SOP – Penganjur #MGFlash

Aktiviti ‘fun ride’ di Taman Persekutuan Bukit Kiara yang melibatkan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Zuraida Kamaruddin patuh Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), demikian kata penganjur.

Jabatan Landskap Negara dalam satu kenyataan hari ini menafikan laporan media bahawa program itu melanggar SOP Majlis Keselamatan Negara (MKN)

“Mengikut SOP am PKPB bertarikh 5 Mac 2021 yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN), aktiviti berjogging dan berbasikal adalah dibenarkan.