Home Ekonomi Jushua Meta gondol Piala Gabenor

Jushua Meta gondol Piala Gabenor

(Kiri ke Kanan) - Abdul Hadi Abdul Apet daripada AIA Berhad (tempat kedua),Jushua Meta Anak Nully daripada CIMB Bank Berhad (Juara) dan Mohammad Akmal Shuib daripada CIMB Bank Berhad (tempat ketiga.)

KUALA LUMPUR – Jushua Meta Anak Nully daripada CIMB Bank Berhad muncul sebagai juara Pertandingan Pidato antara Institusi Kewangan Piala Gabenor Bank Negara Malaysia (Pertandingan Pidato Piala Gabenor).

Dengan tajuk pidato “Skim Cepat Kaya: Mengapa Masih Ramai Yang Tertipu?” beliau mengalah 13 pemidato yang menyertai pertandingan itu.

Tempat kedua disandang oleh Abdul Hadi Abdul Apet daripada AIA Berhad manakala tempat ketiga jatuh kepada Mohammad Akmal Shuib daripada CIMB Bank Berhad.

Bank Negara Malaysia berkata, pertandingan pidato pada tahun ini berjaya menarik lebih ramai penyertaan dengan hampir 100 peserta berbakat daripada 29 institusi kewangan menyampaikan pidato pada peringkat saringan dua hari sebelumnya.

Antara tajuk pidato utama yang menjadi pilihan ialah mengapa rakyat Malaysia masih terjebak dalam skim cepat kaya; fintech dan perkembangan dunia kewangan; kewangan Islam dan hala tuju masa hadapan; serta insurans dan takaful, kehendak atau keperluan.

Pertandingan Pidato Piala Gabenor, yang dianjurkan dengan kerjasama Dewan Bahasa Pustaka buat kali pertama pada tahun 2009, kini dipertandingkan selama sembilan tahun berturut-turut.

Pemenang Pertandingan Pidato Piala Gabenor 2017 menerima wang tunai sebanyak RM5,000 untuk juara, RM3,000 tempat kedua dan RM2,000 tempat ketiga. – MalaysiaGazette