Home Ekonomi Malaysia ambil masa beberapa tahun hilangkan ‘parut’ Covid-19

Malaysia ambil masa beberapa tahun hilangkan ‘parut’ Covid-19

Menurut Laporan Bank Dunia “Aiming High: Navigating the next stage of Malaysia’s development” report,'' ekonomi Malaysia  berkembang lebih perlahan daripada kebanyakan negara yang telah mencapai status berpendapatan tinggi sebelum ini.
KUALA LUMPUR – Malaysia dijangka beralih kepada ekonomi berpendapatan tinggi berbanding ekonomi berpendapatan sederhana sekarang dalam tempoh lima tahun lagi meskipun berada kebelakang akibat kemelesetan akibat pandemik Covid-19.
Menurut Laporan Bank Dunia “Aiming High: Navigating the next stage of Malaysia’s development” report,’‘ ekonomi Malaysia  berkembang lebih perlahan daripada kebanyakan negara yang telah mencapai status berpendapatan tinggi sebelum ini.
Laporan itu setebal 196 muka surat.
Berbanding dengan banyak negara lain yang dahulunya berstatus berpendapatan sederhana,Malaysia mempunyai penguasaan pekerja yang lebih rendah bagi pekerja berkemahiran tinggi dan tahap ketidaksamaan yang lebih tinggi.
“Dan dibandingkan dengan Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD), Malaysia memungut cukai yang kurang, kurang berbelanja dalam perlindungan sosial dan masih lemah dari segi langkah-langkah yang berkaitan dengan pengurusan alam sekitar dan pengendalian rasuah,” katanya
Katanya, kelemahan ini terserlah semasa berlakunya wabak pandemik.
Malaysia telah terkesan teruk akibat  Covid-19 dan dijangka mengambil masa beberapa tahun untuk memulihkan sepenuhnya ‘parut’ yang ditinggalkan oleh pandemik ini.
Laporan itu turut menyatakan polisi-polisi yang membolehkan Malaysia beralih dari berpendapatan rendah ke menengah perlu disesuaikan untuk menghadapi cabaran masa depan, sambil menambah dasar dan institusi ini yang digunakan pada masa lalu mungkin tidak lagi sesuai lagi.
Peralihan Malaysia, katanya, juga tertakluk kepada beberapa risiko penurunan yang signifikan, terutamanya tahap ketidakpastian yang tinggi mengenai apa yang akan menjadi normal baharu selepas Covid-19 dan bagaimana ia akan memberi kesan kepada negara. – MalaysiaGazette