KUALA LUMPUR- Harga runcit petrol RON97 naik 7 sen seliter kepada RM2.47 seliter bagi tempoh 18 Mac 2021 hingga 24 Mac 2021.
Manakala harga runcit petrol RON95 dan diesel masing-masing kekal pada paras RM2.05 seliter dan RM2.15 seliter.
Kementerian Kewangan dalam kenyataannya berkata, kerajaan mengekalkan harga runcit RON95 dan diesel pada paras harga siling untuk melindungi pengguna.
Ini kerana harga pasaran bagi kedua-dua produk berkenaan meningkat melebihi harga siling yang ditetapkan.
“Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya.- MalaysiaGazette