Home Pendapat Guna Kalimah Allah: Penganut Kristian ada nama tuhan tersendiri

Guna Kalimah Allah: Penganut Kristian ada nama tuhan tersendiri

The High Court dismissed the request of Simpang Jeram Assemblyman and Pulai MP Salahuddin Ayub (Amanah), Gurun Assemblyman and Sungai Petani MP Johari Abdul (PKR) and Tebing Tinggi Assemblyman Abdul Aziz Bari (DAP), who challenged the proclamation of emergency through a judicial review.
Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. Gambar hiasan
IKATAN Muslimin Malaysia menzahirkan rasa dukacita atas keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan penganut agama Kristian menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan agama, pendidikan dan komuniti mereka.
ISMA melihat sekiranya penganut agama Kristian mahu menggunakan kalimah Allah kerana merujuk kepada bahasa Melayu ianya sesuatu yang salah kerana Allah bukan perkataan bahasa Melayu.
Penganut Kristian juga ada nama tuhan yang tersendiri dan tidak perlu bersusah payah
untuk meminjam nama tuhan agama lain sehingga menimbulkan ketegangan bukan sahaja di kalangan penganut agama lain, bahkan di kalangan penganut agama Krsitian sendiri.
Oleh itu ISMA membantah sekeras-kerasnya tindakan penganut agama Kristian yang tetap mahu menggunakan kalimah Allah dalam apa juga keadaan.
ISMA dengan ini menyokong penuh tindakan kerajaan memfailkan rayuan terhadap
keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan penggunaan kalimah Allah dan tiga
perkataan lain dalam penerbitan penganut agama Kristian bagi tujuan pendidikan.
ISMA juga menyokong kesemua resolusi yang digariskan oleh Pertubuhan-Pertubuhan
Pembela Islam (Pembela) iaitu :
1. Menuntut Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk merayu terhadap keputusan ini ke
mahkamah yang lebih tinggi dengan kadar segera dan meminta penangguhan perlaksanaan keputusan hakim tersebut sehingga kes rayuan selesai. KDN perlu mengeluarkan pekeliling baharu pengharaman penggunaan perkataan-perkataan tersebut sekiranya penangguhan itu tidak dibenarkan.
2. Menuntut kerajaan dan jawatankuasa Pemilihan Hakim untuk memastikan hanya mereka yang benar-benar faham sejarah perundangan negara dan menghayati Islam sebagai agama Persekutuan dalam konteks yang sebenar dilantik sebagai hakim.
3. Menyaran agar setiap organisasi dan persatuan umat Islam mengambil serius perihal dan isu ini kerana ianya membawa implikasi yang besar kepada umat Islam dan kita
menyarankan agar satu MEMORANDUM bantahan dihantar kepada majlis agama Islam
negeri (MAIN) di setiap negeri dengan kadar yang segera.
4. Menuntut kerajaan mengadakan preamble (mukadimah) kepada Perlembagaan
Persekutuan dengan memasukkan elemen-elemen penting bagi menjaga keutuhan Islam.
5. Menggesa Dewan Bahasa dan Pustaka selaku badan berautoriti terhadap bahasa untuk
memberikan DEFINISI kepada ‘God’ sebagai ‘Tuhan’ bagi menghilangkan pertikaian yang
timbul.
6. Memohon ampun perkenan Raja-Raja Melayu selaku Ketua Agama Islam bagi negeri
masing-masing untuk mengambil tindakan segera bagi membetulkan keadaan supaya Islam tidak terus dihina dan dipermain-mainkan.
Muhammad Fauzi Asmuni
Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)

4 Komen

  1. Mohon kerajaan membuat kelas2 agama agar dapat menambahkan @memperkayakan @menyediakan ilmu2 Islam yang secukupnya buat para2 hakim Islam yang akan atau bakal mendengar kes2 seumpamanya dikemudian hari. Ilmu ini sangat penting dan ia juga amat bersesuaian dengan perlembagaan Islam negara ini.

    Keadaan atau hal2 kitab2 Indonesia atau Arab menggunakan kata tuhan yang sama bukanlah asalan kukuh kerana mereka juga mungkin telah membuat kekilafan @sesuatu yang salah buat sekian lama.

    Ini adalah cadangan dan pandangan dari orang awam sahaja.

  2. Sabahan dan Sarawakian ngomong indon guna kalimah Allah dalam bible indon susulan kristianisasi oleh penjajah Belanda yang sehingga kini tiada kalimah Allah dalam bible bahasa Belanda termasuk Pope dan para paderi seluruh dunia ada bibles tanpa kalimah Allah, kecuali bible pak arab dan bible wak indon ada kalimah Allah demi tafsir perlembagaan ngomong mentality pancasila indon dong.

  3. Peguam islam kena la cerdik sama. Kalau peguambela pun takfak modal nak defend, mmg kalah la. Court ni mcm game bola. Sapabtak score sure kalah.
    Kena suruh paderi2 tu tunjuk dlm Bible ada ka guna nama Allah. Jika takdak, napa paderi2 sini nak pakai pulak. Kata Nama Khas tak boleh tukar3 translate. God, Jesus, Holy Spirit dlm Bible bukan boleh translate jd nama lain sbb ia nama khas. Peguam2 kita tak brlajar tatabahasa kah?

Comments are closed.