Home Sukan Ketua Pengarah Kreatif Olimpik Tokyo undur diri

Ketua Pengarah Kreatif Olimpik Tokyo undur diri

Ketua Pengarah Kreatif Olimpik Tokyo, Hiroshi Sasaki mengambil keputusan untuk meletakkan jawatanya. foto agensi

TOKYO – Ketua Pengarah Kreatif Olimpik Tokyo, Hiroshi Sasaki mengambil keputusan untuk undur diri daripada jawatanya pada lewat petang semalam.

Tindakan itu dibuat selepas dikritik ekoran mengeluarkan kenyataan berbaur hina terhadap penghibur wanita Jepun, Naomi Watanabe.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan itu, Hiroshi Sasaki mencadangkan kepada pengurusan acara sukan bertaraf antarabangsa agar Naomi muncul sebagai khinzir pada upacara pembukaan olimpik akan datang.

Sasaki kesal kerana mengeluarkan kenyataan tersebut dan mengakui ia merupakan satu penghinaan kepada Naomi.

“Saya dengan tulus meminta maaf kepada beliau dan orang ramai yang turut terkesan dengan isu ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Sasaki mengatakan dia telah memberitahu Ketua Olimpik Tokyo, Seiko Hashimoto tentang keputusannya.

Mengulas lanjut isu tersebut, Tokyo 2020 telah merancang untuk mengadakan sidang media pada hari ini bagi merungkai isu itu.

Sasaki dilantik sebagai Ketua Pengarah Kreatif pada bulan Disember ketika penganjur Olimpik berusaha untuk merombak rancangan upacara apabila sukan Tokyo terpaksa ditunda susulan pandemik Covid-19. – MalaysiaGazette