PUTRAJAYA – Pas optimis kerjasama antara PKR dan UMNO tidak akan berlaku.
Ahli Jawatankuasa Pusat, Datuk Khairuddin Aman Razali berkata, Pas tetap yakin bahawa UMNO akan kekal dalam kerjasama Muafakat Nasional (MN) yang dibina sejak 2019 lalu.
“Takkan berlaku (kerjasama antara PKR dan UMNO), InsyaAllah. Tidak ada sekiranya,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyaksikan Memorandum Persefahaman (MoU) PPLH Komuniti antara Persatuan Pekilang Panel Malaysia (MPMA), dan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) di Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi hari ini.
Turut hadir dua timbalannya, Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng dan Datuk Willie Mongin serta Presiden Angkasa, Datuk Abdul Fatah Abdullah.
Khairuddin diminta mengulas mengenai kenyataan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak menolak kemungkinan parti itu akan bekerjasama dengan UMNO.
Terdahulu Anwar mendakwa bahawa terdapat perbincangan tidak rasmi antara partinya dan UMNO mengenai kemungkinan kerjasama bagi menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-15.
Mengulas lanjut, Khairuddin yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus berkata, banyak kenyataan Ahli Parlimen Port Dickson itu seakan-akan memakan dirinya sendiri.
“Boleh percaya ke cakap ketua pembangkang. Sejarah membuktikan ketua pembangkang bercakap banyak yang kurang tepat.
“Kita yakin muafakat antara Pas dengan UMNO menerusi Muafakat Nasional, yang mana kita telah tandatangani piagam pada 14 September 2019 akan terus diperkasakan dan itu komitmen daripada Pas dan juga UMNO.
“Apa yang dibuat oleh ketua pembangkang adalah pecah dan perintah, itu adalah kaedah pembangkang sebab dulu pun saya pembangkang kita buat begitu,” katanya lagi.
Anwar sebelum ini mengesahkan langkah untuk mengadakan apa-apa kerjasama dengan UMNO hanya di peringkat perbincangan, belum dibuat secara formal. – MalaysiaGazette
Diharap UMNO tidak sekali2 bekerjasama dengan golongan2 yang lantang meLELONG kalimah Allah. Golongan ini akan dikhianati dunia dan akhirat!
Sampaikan masej penting ini keakar umbi!
Provokasi Anwar Ibrahim