Home Nasional Lelaki cabul jururawat akan didakwa esok

Lelaki cabul jururawat akan didakwa esok

Noorzainy Mohd Noor.

SEBERANG PERAI – Seorang lelaki akan didakwa di Mahkamah Pulau Pinang esok atas kesalahan mencabul jururawat di Hospital Kepala Batas di sini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, suspek berusia 55 tahun itu ditahan selepas pihaknya menerima laporan daripada seorang jururawat wanita berusia 24 tahun pada Isnin lalu yang mendakwa dicabul.

“Hasil siasatan mendapati kejadian berlaku pada 8 Mac lalu di wad Covid-19 ketika mangsa sedang memeriksa paras gula dalam darah suspek itu.

“Selesai pemeriksaan, suspek memegang dan mengusap jari pengadu sambil menanyakan pengadu dengan nada yang manja sedap tak?.

“Mangsa terpaksa menarik tangannya dengan kuat namun suspek enggan melepaskannya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya Noorzainy, susulan itu mangsa membuat laporan bagi memastikan tindakan sewajarnya akan dikenakan ke atas suspek, sekali gus memastikan keselamatan jururawat terjaga.

“Kita telah lengkapkan kertas siasatan dan mendapat arahan daripada pihak pendakwa raya untuk tuduh suspek esok,” ujarnya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan. -MalaysiaGazette