Home Seni Hidup Engku Emran, kakak Neelofa nikah hari ini

Engku Emran, kakak Neelofa nikah hari ini

KUALA LUMPUR – Spekulasi majlis pernikahan kakak selebriti Neelofa, Noor Nabila dan Engku Emran yang tersebar sejak semalam akhirnya terjawab.

Ini selepas adik Noor Nabila, Ameera Khan memuat naik sekeping foto yang tertulis Walimatul Urus Noor Nabila dan Engku Emran.

Foto itu menunjukkan meja makan majlis itu dihiasi indah dan pelamin yang dimuat naik Ameera memberi bayangan majlis akan berlangsung hari ini.

Malah sekeping kad senarai yang terletak di atas meja juga turut tertulis nama Noor Nabila dan Engku Emran di bahagian bawah.

Sehingga kini, masih tiada foto pernikahan dikongsi oleh ahli keluarga Nabila.

Semalam, spekulasi tentang majlis pernikahan mereka hangat diperkatakan dalam media sosial.

Untuk rekod, Emran juga pernah memberi bayangan hubungan mereka selepas memuat naik sekeping foto dengan memaparkan bahagian radio dalam keretanya yang menampakkan refleksi wajah Nabila di tempat duduk penumpang bahagian depan.

Pada dua minggu lalu, nama Noor Nabila dan Emran antara topik hangat yang diperkatakan dalam kalangan netizen dan gosip hubungan mereka juga tersebar hingga ke Indonesia.

Sebelum ini, Noor Nabila dan Emran yang juga bekas suami pelakon Erra Fazira dan selebriti Indonesia, Laudya Cynthia Bella dikatakan mula rapat selepas sering dilihat melakukan aktiviti berbasikal bersama.

Emran juga dikatakan sering berkunjung ke kediaman Nabila bagi menyertai sesi usrah bersama ahli keluarga bekas isteri pelakon Sharnaaz Ahmad itu. – MalaysiaGazette