Home Utama Puluhan ribu tetamu hadir Rumah Terbuka Aidilfitri UMNO 2017

Puluhan ribu tetamu hadir Rumah Terbuka Aidilfitri UMNO 2017

Para tetamu yang hadir pada rumah terbuka UMNO 2017 di Dewan Tun Razak 1, PWTC, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI 16 JULAI 2017

KUALA LUMPUR – Puluhan ribu hadir menjadi tetamu Majlis Rumah Terbuka UMNO 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Selain menjamu selera dengan pelbagai juadah, tetamu yang hadir juga diraikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga Presiden UMNO.

Selain itu, barisan kepimpinan UMNO juga hadir menyambutnya dengan penuh ceria dan harmoni.

Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak bersalaman dengan tetamu yang hadir pada Majlis Rumah Terbuka UMNO 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 16 JULAI 2017

Najib tiba kira-kira 11.50 pagi di Dewan Tun Razak 1 PWTC bersama isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dan disambut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Ketua Pergerakan Wanita, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil, Ketua Pergerakan Pemuda, Khairy Jamaluddin, Ketua Pergerakan Puteri, Datuk Mas Ermiyati Samsudin, Ketua Penerangan, Tan Sri Anuar Musa, anggota Majlis Tertingggi, barisan jemaah menteri dan pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN).

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak beramah mesra bersama tetamu yang hadir pada rumah terbuka UMNO 2017 di Dewan Tun Razak 1, PWTC, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI 16 JULAI 2017

Suasana majlis kelihatan padat dan sesak apabila masyarakat daripada pelbagai lapisan, latar belakang, agama sanggup beratur mendapatkan juadah sehingga dewan penuh sesak.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishamuddin Hussien bersalaman dengan tetamu yang turut hadir pada Majlis Rumah Terbuka UMNO 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 16 JULAI 2017

Ada antara tetamu yang tidak melepaskan peluang mengambil kesempatan bergambar dengan tetamu kehormat dan artis tempatan bagi merakamkan memori Syawal bersama.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberikan reaksi gembira bersama dengan tetamu yang turut hadir pada Majlis Rumah terbuka UMNO 2017 di Pusat Dagangan Putra (PWTC), Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 16 JULAI 2017

Terdapat juga tetamu yang terdiri pelbagai bangsa dan pelancong asing hadir serta menceriakan rumah terbuka itu yang turut disajikan dengan persembahan kebudayaan.

Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil bersalaman dengan tetamu yang turut hadir pada Majlis Rumah Terbuka UMNO 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 16 JULAI 2017

Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Seri Ab Rauf Yusuf sebelum ini berkata kira-kira 50,000 hingga 70,000 tetamu dijangka memenuhi rumah terbuka tahunan tersebut yang dianjurkan hingga 3 petang itu. – MalaysiaGazette