Home Utama All England: Zii Jia ke final, beregu campuran terkandas

All England: Zii Jia ke final, beregu campuran terkandas

Lee Zii Jia

KUALA LUMPUR – Lee Zii Jia berjaya menebus kehampaan edisi lalu apabila melangkah ke final badminton All England di Birmingham sebentar tadi.

Pemain nombor satu negara itu terkandas pada saingan separuh akhir tahun lalu.

Zii Jia tidak perlu berpeluh apabila menang mudah di set pertama namun dipaksa berkerja keras di set kedua sebelum menang 21-13, 21-17 ke atas Mark Caljouw dari Belanda.

Zii Jia, 23, pilihan keenam kejohanan bakal bertemu pemenang di antara dua jaguh Denmark iaitu pemain nombor dua dunia, Viktor Axelson atau pemain nombor tiga dunia, Anders Antonsen.

Kali terakhir Malaysia menjulang kejuaraan badminton tertua di dunia itu adalah pada 2017 menerusi Datuk Lee Chong Wei.

Semalam, Zii Jia yang mengejutkan pemain nombor satu dunia, Kento Momota pada suku akhir bagi menamatkan penantian negara dalam saingan akhir esok.

Sementara itu, pasangan beregu campuran, Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying gagal melangkah ke final selepas tewas kepada pasangan Jepun. – MalaysiaGazette