Home Seni Hidup Fitri terima anugerah khas ASEAN AWARDS 2021

Fitri terima anugerah khas ASEAN AWARDS 2021

uara Gema Gegar Vaganza musim kedua, Dr. Fitri Haris telah menerima anugerah khas penghargaan sempena ASEAN AWARDS 2021 yang berlangsung di Surabaya, Indonesia baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Juara Gema Gegar Vaganza musim kedua, Dr. Fitri Haris telah menerima anugerah khas penghargaan sempena ASEAN AWARDS 2021 yang berlangsung di Surabaya, Indonesia baru-baru ini.

Pensyarah Kanan Universiti Utara Malaysia (UUM) dan juga bekas kumpulan nasyid UNIC itu memenangi anugerah dalam kategori ASEAN Entrepeneur Excellence Award 2021.

Pemilihan juri dari Indonesia Awards Center bagi anugerah itu mengambilkira kecemerlangan Fitri dalam menjalani perjalanan karier sebagi anak seni, ahli akademik dan ahli perniagaan di dalam fasa pandemic Covid-19.

Pihak juri juga bersetuju kajian ‘This is Nasyid’ yang di jalankan oleh Fitri sepanjang 7 tahun bermula 2013 termasuk ke beberapa negara seperti United Kingdom, Mesir, Indonesia dan Malaysia ditambah sokongan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia melalui Dana Kandungan Digital adalah bahan rujukan baru dan boleh dijadikan legasi ilmu bukan sahaja di peringkat ASEAN malah ke peringkat antarabangsa.

“Pihak juri memandang dari konteks seorang ahli perniagaan, anak seni dan ahli akademik yang berjaya bagi ketiga-tiga yang tersebut. Dalam membantu menjalankan perniagaan butik Al Mukarramah, tidak sunyi dari mengeluarkan lagu-lagu baru dan dalam masa yang sama seorang pensyarah kanan di UUM,” kata satu kenyataan semalam.

Fitri juga satu-satunya ahli akademik yang mempunyai kelulusan Ph.D di dalam Islamic Music di Asia dan tersenarai di dalam lima ahli akademik dunia yang mendalami ilmu muzik Islam.

 

Selain itu, cara Fitri menjalankan perniagaan dan berkongsi manfaat ilmu secara kreatif dan mudah diterima oleh masyarakat.

Bagaimanapun Fitri tidak dapat hadir bagi menerima anugerah berkenaan disebabkan kekangan Covid-19 namun wakilnya yang dilantik khas mengambil bagi pihaknya.

Wakil di Indonesia itu diuruskan oleh Presiden Konsortium Industri Rakaman Malaysia, Ayob Abd Majid.- MalaysiaGazette