Home Foto Pilihan Menjiwai Anak Istimewa #WorldDownSyndromeDay

Menjiwai Anak Istimewa #WorldDownSyndromeDay

Gelagat seorang murid sindrom down menjelang Sambutan Hari Sindrom Down Sedunia di Rumah PSDM,Kuala Lumpur. Foto FIKRI YAZID, 19 MAC 2021.

Sindrom Down atau Down Sindrom bukanlah satu penyakit tetapi merupakan satu masalah genetik yang disebabkan oleh pertambahan kromosom pada kromosom ke-21. Ia bukanlah sesuatu yang asing lagi, namun masih ada segelintir yang tidak peduli tentang individu istimewa ini dan kurangnya usaha untuk memahami mereka secara mendalam.

Disebabkan oleh pertambahan kromosom ini, kanak-kanak yang lahir akan mengalami tahap kecerdasaan yang rendah, kelainan dalam ciri-ciri fizikal dan boleh juga mengalami masalah-masalah kesihatan seperti penyakit jantung, masalah pendengaran dan lain-lain.

Atas dasar tanggungjawab untuk menjaga kebajikan individu yang dilahirkan sebagai Sindrom Down, pelbagai agensi bukan kerajaan telah ditubuhkan di Malaysia. Salah satunya ialah Persatuan Sindrom Down Malaysia (PDSM) dimana kesihatan, pendidikan, serta kebajikan individu-individu Sindrom Down menjadi keutamaan mereka.

PSDM ditubuhkan oleh sekumpulan ibu bapa kepada anak anak istimewa ini dan telah didaftarkan sejak 11 Mei 2001. PSDM adalah sebuah pertubuhan di peringkat kebangsaan yang bukan sahaja bertindak bagi menjaga kebajikan individu dengan Sindrom Down malahan juga keluarga mereka. Di samping itu, PDSM juga ahli penuh Majlis Kebajikan dan Pembanggunan Masyarakat Kebangsaan Malaysia.

Pada masa yang sama, PSDM juga turut melaksanakan pelbagai program seperti intervensi awal, pendidikan dan latihan kepada anak-anak Sindrom Down di bawah persatuan itu. Hal ini demikian kerana sasaran mereka agar anak istimewa ini mampu untuk mencapai kehidupan berdikari sama seperti kita.

Maka, bersempena Hari Sindrom Down Sedunia yang di sambut pada 21 Mac ini, PDSM tidak melepaskan peluang untuk meraikan anak-anak istimewa ini pada setiap tahun walaupun dalam suasana norma baru. Sambutan ini bertujuan bagi menghargai dan menyebarkan kesedaran umum mengenai apa itu Sindrom Down kepada semua masyarakat Malaysia kerana mereka juga sewajarnya diterima sebagai sebahagian daripada masyarakat.

Gelagat seorang murid lelaki bermain gelongsor di Rumah PSDM,Kuala Lumpur. Foto FIKRI YAZID, 19 MAC 2021.
Para murid bersiap sedia sebelum membuat persembahan bersempena Hari Sindrom Down Sedunia di Rumah PSDM,Kuala Lumpur. Foto FIKRI YAZID, 21 MAC 2021.
Gelagat para murid sebelum melakukan persembahan pada Sambutan Hari Sindrom Down Sedunia di Rumah PSDM,Kuala Lumpur. Foto FIKRI YAZID, 21 MAC 2021.
Seorang murid Sindrom Down ceria bermain menjelang Sambutan Hari Sindrom Down Sedunia di Rumah PSDM,Kuala Lumpur. Foto FIKRI YAZID, 21 MAC 2021.
Gelagat seorang murid Sindrom Down melakukan latihan Intervensi awal di Rumah PSDM,Kuala Lumpur. Foto FIKRI YAZID, 19 MAC 2021.
Tempat belajar bagi para murid Sindrom Down di Rumah PSDM,Kuala Lumpur. Foto FIKRI YAZID, 19 MAC 2021.
Para pelajar Sindrom Down ceria berlatih untuk melakukan persembahan menjelang Sambutan Hari Sindrom Down Sedunia di Rumah PSDM,Kuala Lumpur. Foto FIKRI YAZID, 19 MAC 2021.
Gelagat para murid Sindrom Down berlatih bagi melakukan persembahan menjelang Hari Sindrom Down Sedunia di Rumah PSDM,Kuala Lumpur. Foto FIKRI YAZID, 19 MAC 2021.
Gelagat ceria para pelajar berlatih bagi melakukan persembahan menjelang Hari Sindrom Down Sedunia di Rumah PSDM,Kuala Lumpur. Foto FIKRI YAZID, 19 MAC 2021.
Gelagat seorang murid perempuan membantu gurunya membuka penutup botol untuk dijadikan perhiasan menjelang Sambutan Hari Sindrom Down Sedunia di Rumah PSDM,Kuala Lumpur. Foto FIKRI YAZID, 19 MAC 2021.
Seorang murid Sindrom Down ceria membantu gurunya menyiapkan perhiasan botol menjelang Sambutan Hari Sindrom Down Sedunia di Rumah PSDM,Kuala Lumpur. Foto FIKRI YAZID, 19 MAC 2021.
Seorang murid Sindrom Down ceria bermain buaian di Rumah PSDM,Kuala Lumpur. Foto FIKRI YAZID, 21 MAC 2021.
Para pelajar membuat persembahan pada Sambutan Hari Sindrom Down Sedunia di Rumah PSDM,Kuala Lumpur. Foto FIKRI YAZID, 21 MAC 2021.
Gelagat para murid sebelum melakukan persembahan pada Sambutan Hari Sindrom Down Sedunia di Rumah PSDM,Kuala Lumpur. Foto FIKRI YAZID, 21 MAC 2021.