Home Foto Pilihan PM Rasmi MRT Fasa Dua Laluan Sungai Buloh – Kajang (SBK) Line Foto Pilihan PM Rasmi MRT Fasa Dua Laluan Sungai Buloh – Kajang (SBK) Line By MalaysiaGazette - 17 July 2017 Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak diiringi isteri, Datin Seri Rosmah Mansor (tiga kanan), Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (dua kiri) menunjukkan plak sebagai simbolik perasmian MRT Sungai Buloh-Kajang (SBK) Line di Stesen MRT Tun Razak Exchange, Kuala Lumpur. foto SAFWAN MANSOR, 17 JULAI 2017 Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor bersalaman bersama orang ramai yang hadir pada Majlis Pelancaran Mass Rapid Transit (MRT) Fasa Dua Laluan Sungai Buloh – Kajang di Stesen MRT Stadium Kajang, Selangor. foto HAZROL ZAINAL, 17 JULAI 2017. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melambai tangan diiringi isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ketika tiba pada Majlis Pelancaran Mass Rapid Transit (MRT) Fasa Dua Laluan Sungai Buloh – Kajang di Stesen MRT Tun Razak Exchange, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 17 JULAI 2017. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak diiringi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ketika tiba di Stesen MRT Stadium Kajang selepas menaiki tren MRT dari Stesen Tun Razak Exchange pada Majlis Perasmian Laluan MRT Sungai Buloh-Kajang (SBK) Line. foto SAFWAN MANSOR, 17 JULAI 2017 Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor berjalan keluar selepas tiba di Stesen MRT Stadium Kajang pada Pelancaran Mass Rapid Transit (MRT) Fasa Dua Laluan Sungai Buloh – Kajang di Kajang, Selangor. foto HAZROL ZAINAL, 17 JULAI 2017. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak diiringi Isteri, Datin Seri Rosmah Mansor kelihatan ceria ketika masuk ke dalam tren MRT selepas Majlis Pelancaran Mass Rapid Transit (MRT) Fasa Dua Laluan Sungai Buloh – Kajang di Stesen MRT Tun Razak Exchange, Kuala Lumpur. foto SAFWAN MANSOR, 17 JULAI 2017 Suasana orang ramai yang mengambil peluang menggunakan perkhidmatan Mass Rapid Transit (MRT) ketika pelancaran MRT Fasa Dua Laluan Sungai Buloh – Kajang di Stesen MRT Tun Razak Exchange, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 17 JULAI 2017. Sebahagian penerima yang merupakan Orang Kelainan Upaya (OKU) bergambar sambil menunjukkan replika kad perjalanan Touch ‘N’ Go yang diterima secara percuma pada Pelancaran Mass Rapid Transit (MRT) Fasa Dua Laluan Sungai Buloh – Kajang di Stesen MRT Stadium Kajang, Selangor. foto HAZROL ZAINAL, 17 JULAI 2017. Laluan bawah tanah Transit Aliran Massa (MRT) yang telah siap dibina dan tersedia untuk digunakan semasa Majlis Pelancaran Mass Rapid Transit (MRT) Fasa Dua Laluan Sungai Buloh – Kajang di Stesen MRT Tun Razak Exchange, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 17 JULAI 2017. Seorang pengguna tidak melepaskan peluang melihat pemandangan sekitar Kajang dari dalam gerabak MRT selepas Majlis Pelancaran Mass Rapid Transit (MRT) Fasa Dua Laluan Sungai Buloh – Kajang di Stesen MRT Stadium Kajang, Selangor. foto HAZROL ZAINAL, 17 JULAI 2017. Berlatar belakang Menara Kuala Lumpur dan Menara Berkembar KLCC, sebuah tren MRT dilihat melalui salah satu kawasan laluan MRT Sungai Buloh-Kajang (SBK) Line yang disempurnakan perasmiannya oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Stesen MRT Tun Razak Exchange. foto SAFWAN MANSOR, 17 JULAI 2017