MGNews: Bekas Pengurus Besar Kanan Mengaku Tidak Bersalah Terima Rasuah RM225,700

Seorang bekas pengurus besar kanan syarikat pembinaan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas tiga pertuduhan menerima rasuah membabitkan wang berjumlah RM225,700 antara Januari 2018 hingga Januari 2019 di Puchong, Selangor.

Tertuduh, Chua Shiou Meng, 49, mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Rozilah Salleh.