Home Nasional Lelaki lemas, rakan hilang ketika mandi di Pantai Batu Layar

Lelaki lemas, rakan hilang ketika mandi di Pantai Batu Layar

Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun ditemukan lemas dipercayai terjatuh di sebuah kolam berhampiran Taman Bukit Saga, Mantin, dekat sini lewat malam tadi.- Gambar hiasan.

JOHOR BAHRU – Kegembiraan dua sahabat bermandi-manda di Pantai Batu Layar dekat Kota Tinggi hari ini bertukar tragedi apabila seorang daripada mereka lemas, manakala seorang lagi dilaporkan hilang, dikhuatiri turut lemas.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Sebana Cove, Penolong Penguasa Bomba Mohd Khairul Sufian Dahari berkata, mayat Muhamad Hariz Farhat Omar, 23, ditemukan tersangkut di celah batu kira-kira 30 meter dari pantai oleh orang awam pada 11.16 pagi dan telah dihantar ke Hospital Kota Tinggi untuk tindakan lanjut.

Rakannya, Muhammad Hibatullah Hakim Razak, 23, pula masih belum dijumpai dan operasi pencarian diteruskan di pesisir pantai dengan dibantu aset Pasukan Polis Marin dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.

Menurut Mohd Khairul Sufian, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 10.59 pagi sebelum 19 anggota termasuk Pasukan Penyelamat Di Air digegaskan ke lokasi.

“Kedua-dua mangsa dipercayai sedang mandi ketika air surut dan telah ditarik arus,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supt Hussin Zamora ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu. – Bernama