Home Seni Hidup Didakwa nikah hujung minggu ini, Neelofa mohon dipermudahkan urusan

Didakwa nikah hujung minggu ini, Neelofa mohon dipermudahkan urusan

Foto Instagram Neelofa.

KUALA LUMPUR – Selebriti terkenal, Neelofa berkongsi hantaran tiga potong doa berkaitan dipermudahkan segala urusan selepas spekulasi timbul dia dan pendakwah bebas, PU Riz akan bernikah hujung minggu ini.

“Wahai Tuhanku, tiada kemudahan melainkan apa yang Engkau jadikan mudah dan perkara yang susah boleh Engkau jadikan mudah apabila Engkau mengkehendakinya.

“Wahai Rabb Yang Maha Hidup, wahai Rabb Yang Berdiri Sendiri tidak memerlukan segala sesuatu, dengan rahmat Mu aku meminta pertolongan.

“Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku, dan mudahkanlah bagiku urusanku,” tulisnya.

Menerusi hantaran dimuat naik itu, Neelofa turut menulis keterangan supaya orang ramai juga dapat mendoakan dirinya.

“Dengan rahmat Mu aku meminta pertolongan ya Allah. Doakan saya dalam doa-doa kalian,” katanya.

Semalam media melaporkan terdapat desas-desus mengatakan Neelofa dan PU Riz bakal berkahwin pada Sabtu ini.

Namun, belum ada sebarang kenyataan daripada kedua-dua belah pihak berkenaan perkara itu.

Pada 1 November lalu, pihak PU Riz sudah merisik Neelofa dalam satu majlis sederhana yang berlangsung di kediaman keluarga Neelofa. – MalaysiaGazette