Home Nasional Tiada kelibat Nicky Liow di Pulau Pinang – CPO

Tiada kelibat Nicky Liow di Pulau Pinang – CPO

Founder of Winner Dynasty Group There is no signs of fugitive Datuk Seri Nicky Liow Soon Hee in Penang. The Johor Police is currently on a hunt for him. Nicky Gang fugitive businessman immigration department
Nicky Liow Soon Hee

GEORGE TOWN – Tiada kelibat Datuk Seri Nicky Liow Soon Hee yang menjadi buruan Polis Johor di Pulau Pinang setakat ini.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Sahabudin Abd Manan susulan pihaknya menerima maklumat daripada polis Johor untuk membantu mengesan suspek terbabit.

“Kita memang ada terima maklumat berhubung pemburuan suspek itu dan ia sudah diuar-uarkan kepada kepada polis Pulau Pinang termasuk mereka yang bertugas di sekatan jalan raya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Peringatan Hari Polis ke-214 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang hari ini.

Semalam MalaysiaGazette melaporkan, Pengasas Winner Dynasty Group itu dikehendaki polis masih belum ditangkap.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay yang menegaskan, berita tangkapan suspek yang tular di media sosial adalah tidak benar dan palsu.

Polis Johor memburu suspek terbabit susulan disyaki terlibat dalam kes pengubahan wang haram serta jenayah komersial.

Lelaki itu dikehendaki untuk siasatan di bawah Seksyen 130 V hingga 130 ZB Kanun Keseksaan Kesalahan Kumpulan Jenayah Terancang.

Dua kertas siasatan berkaitan individu itu telah dibuka di bawah Akta Pengubahan Wang Haram (AMLA) 2001 dan Akta Kesalahan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA). – MalaysiaGazette