Home Nasional Lorong kanan Plaza Tol Putrajaya/Elite ditutup 21 hari

Lorong kanan Plaza Tol Putrajaya/Elite ditutup 21 hari

KUALA LUMPUR – Lorong kanan di antara Putrajaya ke Plaza Tol Putrajaya/Lebuh raya Elite di KMP2.2 hingga KMP2.0 (Arah Utara) di Lingkaran Putrajaya akan ditutup selama 21 hari kepada semua kenderaan.

Penutupan itu bermula 29 Mac ini, pada jam 10 sehingga 19 April jam 5 pagi.

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) berkata, penutupan jalan itu bagi membolehkan kerja-kerja penyelenggaraan jalan dilaksanakan dengan lancar.

Bagaimanapun, lorong kiri dan kecemasan di KMP2.2 hingga KMP2.0 (Arah Utara) masih boleh dilalui oleh semua kenderaan

Pelanggan yang menghala ke Plaza Tol Putrajaya/Lebuh raya ELITE dinasihatkan supaya merancang perjalanan dengan menggunakan Aplikasi PLUS untuk mendapatkan maklumat trafik terkini melalui paparan CCTV yang disediakan.

Dalam masa yang sama, mereka juga dinasihatkan supaya mematuhi semua papantanda trafik serta arahan yang dikeluarkan oleh kakitangan PLUS ketika melalui kawasan terbabit. – MalaysiaGazette