Home Sukan UniKL kekal julang Liga Hoki Malaysia

UniKL kekal julang Liga Hoki Malaysia

163067995_126910499443012_2948886955411504230_o-640x427
Foto Facebook UniKL Hockey.

KUALA LUMPUR – Pasukan UniKL menepati ramalan apabila mempertahankan kejuaraan Liga Hoki Malaysia (MHL) selepas menewaskan Maybank 1-0 di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi.

Pemain kebangsaan, Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abdul Jalil muncul wira apabila menjaringkan gol kemenangan menerusi jaringan padang pada minit ke-49 selepas perlawanan terikat tanpa jaringan pada babak pertama.

Kemenangan itu turut menyaksikan UniKL yang muncul juara Piala Sumbangsih mengekalkan rekod tanpa kalah dan mengutip 19 mata daripada tujuh perlawanan.

UniKL sebelum ini pernah memenangi Piala TNB pada 2018 dan 2020 sekali gus meletakkan mereka sebaris dengan Sapura (2005, 2006) dan Yayasan Negeri Sembilan (1995, 1996) yang pernah merangkul gelaran itu sebelum ini.

Maybank pernah meraih tiga gelaran pada 1988, 1990 dan 1994 manakala rekod TNB yang meraih tujuh gelaran (1987, 1989, 1991-92, 2003, 2004, 2007, 2009-10) masih belum dapat dipecahkan. – MalaysiaGazette

c8082ad5b097f8d19268f76d22f1f996?s=150&d=mp&r=g
+ posts