Home Seni Hidup Sasar Sungai Balok naik taraf kualiti air kelas A

Sasar Sungai Balok naik taraf kualiti air kelas A

ADUN Beserah, Andasura Rabu bersama Pengarah Jabatan Alarm Sekitar Pahang (JAS) bergotong-royong membersihkan kawasan Sungai Balok sempena sambutan Hari Denai Sungai Kebangsaan 2021 hari ini.

KUANTAN – Sungai Balok di sini boleh menjadi contoh dengan dinai taraf kualiti air dari kelas dua ke kelas satu dalam masa lima hingga 10 tahun lagi jika budaya memelihara sumber air dipupuk daripada sekarang.

Ahli Dewan Undangan Negeri Beserah, Andansura Rabu berkata, Sungai Balok berpotensi menjadi model yang baik tetapi sebarang pembangunan berhampiran tidak mencemarkan alam sekitar.

Beliau berharap Sungai Balok tetap terpelihara walaupun kegiatan industri berat dan pembangunan di hilirnya memainkan peranan menjaga alam sekitar dan memelihara kebersihan sungai.

Justeru kerjasama dan kesedaran masyarakat, pengendali industri berat, syarikat Industri Kecil dan Sederhana diperlukan bagi usaha memelihara kebersihan sungai.

Tambahnya, secara tradisi sungai berkenaan merupakan sumber pencarian nelayan sungai selain dikunjungi pemancing luar secara kecil-kecilan sahaja.

“Selain itu, masyarakat sekitar harus peka dengan tidak membuang sampah dan bahan buangan yang boleh mencemarkan sungai antara lainnya sisa kumbahan, baja dan racun pertanian,

“Sungai Balok ini aliran akhir industri Gebeng, banyak industi berat dan kimia yang beroperasi, dan biasanya sungai yang ada aliran industri berat payah dipelihara.

“Mengharapakan dengan adanya program sebegini akan menimbulkan kesedaran masyarakat agara memelihara sumber air kita,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media sempena Hari Denai Kebangsaan Sempena hari Air Sedunia yang turut dihadiri Pengarah Jabatan Alam Sekitar Pahang, Mohd Sani Mat Daud.

Jelas Andansura, jika tiada kesedaran bermula sekarang, masyarakat akan dibimbangi untuk generasi akan datang kerana sungai juga merupakan sumber kehidupan masa depan.- MalaysiaGazette