KUALA LUMPUR – Tenaga Nasional Berhad (TNB) bersetuju untuk melanjutkan tempoh perjanjian penjualan dan pembelian saham kepada SIPP Energy Sdn. Bhd. bagi pengambilalihan 51 peratus kepentingan dalam Southern Power Generation Sdn. Bhd. (SPG)
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, TNB berkata, berdasarkan permintaan oleh SIPP Energy, ia bersetuju untuk memberikan lanjutan 30 hari lagi bagi memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk perjanjian tersebut.
Dengan masa tambahan itu, ia memberi kemudahan dan kepuasan terhadap syarat-syarat terdahulu.
Pada 3 Mei lalu, TNB mengumumkan telah membeli 51 peratus kepentingan dalam SIPP Energy – syarikat yang diberi kelulusan untuk membina loji janakuasa dengan 1,440 MW di Pasir Gudang.
Loji itu merangkumi dua blok jana kuasa, dengan mana setiap blok memiliki keupayaan menghasilkan 720MW tenaga elektrik.
Ia dijangka beroperasi secara komersial pada 1 Januari 2020. – MalaysiaGazette