JOHOR BAHRU – Pakcik-pakcik Singapura yang berasa bosan dengan kehidupan selepas bersara memilih untuk menghabiskan duit dengan melanggan amoi Vietnam yang ada di seberang Selat Tebrau di Johor Bahru.
Jalan Meldrum di Johor Bahru ibarat Geylang di Singapura kerana sering dikunjungi lelaki yang mahu berfoya-foya.
Di Jalan Medrum, kelihatan pakcik-pakcik dari Singapura berborak sambil minum kopi dengan gadis-gadis manja yang berpakaian seksi.
China Press melaporkan, gadis-gadis yang kebanyakanya merupakan amoi Vietnam menyasarkan pakcik Singapura yang berumur 50 tahun ke atas.
Disebabkan gadis dari China biasanya lebih berumur yakni 40 tahun ke atas, “pasaran” di Jalan Medrum kini hampir diambil alih oleh gadis muda dari Vietnam.
Pakcik-pakcik ini dilaporkan membayar antara RM80 hingga RM150 untuk melanggan gadis-gadis Vietnam ini.
Seorang pakcik Singapura juga memberitahu bahawa Jalan Medrum adalah lebih berbaloi berbanding di Singapura kerana hanya perlu menjelaskan RM20 sejam untuk menyewa hotel.
Menurut akhbar itu lagi, terdapat warga Singapura yang sanggup menggaji penyiasat peribadi untuk menjejak ayah mereka yang sering kehabisan duit.
Apa yang memeranjatkan, ayah mereka didapati menghabiskan ‘duit poket’ yang diberikan anak mereka dengan berfoya-foya dengan amoi Vietnam di Johor Bahru.
Kata seorang anak kepada China Press, ayahnya yang berumur 70 tahun sebelum ini pernah berfoya di Geylang, Singapura, tetapi penguatkuasaan yang ketat kebelakangan ini menyebabkannya beralih ke Johor Bahru.
“Walaupun ayah menyatakan dia hanya menerima perkhidmatan urut, tetapi kami sedar apa yang berlaku.
“Saya berharap Malaysia akan melakukan penguatkuasaan yang tegas ke atas kegiatan maksiat,” katanya. – MalaysiaGazette