Home Seni Hidup Larian Amal Half Marathon kutip dana bantu komuniti terkesan Covid-19

Larian Amal Half Marathon kutip dana bantu komuniti terkesan Covid-19

Larian Amal Half Marathon akan dianjurkan pada 10 April ini bagi mendapatkan sumbangan kepada komuniti yang terkesan dengan penularan pandemik Covid-19 di sekitar Lembah Klang.

KUALA LUMPUR – Larian Amal Half Marathon akan dianjurkan pada 10 April ini bagi mendapatkan sumbangan kepada komuniti yang terkesan dengan penularan pandemik Covid-19 di sekitar Lembah Klang.

Larian itu dianjurkan oleh Persatuan Kebajikan Penggerak Muafakat Masyarakat Pandan (PENGGERAK) dan Pertubuhan Pendidikan Kekeluargaan dan Pembangunan (PENDIKMA).

Pengerusi PENGGERAK, Zakaria Ab. Rahim berkata, bagi tujuan itu, beliau sendiri akan melakukan larian solo sejauh 21 kilometer (km).

Larian itu, katanya akan diiringi oleh beberapa sukarelawan dan tidak ada masa dihadkan bermula dari dan berakhir di perkarangan Masjid Nurul Hidayah, Kampung Pandan Dalam.

Menurut Zakaria, Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Abdul Rashid Hasnon melakukan pelepasan larian dan turut bersama dalam larian.

 

Pengerusi PENGGERAK, Zakaria Ab. Rahim menyerahkan jemputan kepada Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Abdul Rashid Hasnon di Kuala Lumpur baru-baru ini.

“Tujuan program ini bagi membantu meringan beban masyarakat dalam suasana Covid-19 selain mempromosi budaya hidup sihat.

“Ia juga bertujuan menggalakkan orang ramai mendaftarkan diri bagi Progrm Vaksinansi Kebangsaan di aplikasi MySejahtera,” katanya baru-baru ini.

“Program ini adalah program amal di mana hanya seorang sahaja pelari utama yang akan melakukan larian solo half-marathon sejauh 21 km. Namun, sesiapa yang berminat untuk sama-sama turut serta dalam larian adalah dialu-alukan tanpa sebarang bayaran atau yuran dikenakan.

“Pelari iringan tidak perlu melengkapkan larian 21 km tetapi boleh bersama-sama pelari utama menghabiskan larian penuh jika termampu,” katanya lagi.

Justeru itu, Zakaria menghargai sebarang sumbangan daripada syarikat dan individu bagi menjayakan program amal berkenaan.

Sebarang sumbangan boleh disalurkan kepada PEDIKMA
Maybank No: 5645 4816 1141 dan PENGGERAK di akaun Maybank No: 5648 1052 7816.

Menurutnya, sebarang maklumat lanjut boleh menghubunginya di talian 018-398 8767.– MalaysiaGazette