KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan melontarkan persoalan sama ada meletak jawatan atau menarik diri dari kerajaan Perikatan Nasional (PN) akan memberi kebaikan kepada rakyat ketika ini.
Beliau yang juga Naib Pergerakan Pemuda UMNO berkata, pastinya perbincangan berkaitan persoalan itu akan dibincangkan sama ada tindak tanduk itu akan membawa impak positif atau sebaliknya.
Jelasnya, kepimpinan UMNO akan mengkaji segala sudut bukan hanya untuk kepentingan parti tetapi juga rakyat dalam membuat keputusan tersebut.
“Saya sangat yakin semua ini akan dipertimbangkan. Pendirian UMNO jelas dalam seperti mana ketika PAU 2020, pertama usul rasmi mengulangi keputusan Majlis Tertinggi (MT) iaitu tiada kerjasama ketika PRU-15.
“Tetapi pada masa kenyataan-kenyataan ketika perbahasan PAU 2020 juga menekankan juga ada hasrat untuk kita pula tentukan tarikh tarik diri dari kerajaan Perikatan Nasional (PN). Ada perbezaan di situ.
“Ada yang kata PAU 2020 tidak ada beza, itu salah kerana memang ada perbezaan. Mungkin ada tidak sedar. Antaranya, sebelum ini kita akan bersama PN sehingga PRU-15.
“Tapi kini pula kita akan bersama PN sehingga tarikh ditentukan oleh parti pada Menteri dan Ahli Parlimen untuk tarik diri. Jadi selagi arahan tidak dikeluarkan tidak timbul soal tarik diri atau letak jawatan.
“Soal tentang perbincangan menteri-menteri dan timbalan dengan Perdana Menteri saya tidak tahu, tidak ada sebarang maklumat,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas menjadi panelis dalam Forum Demokrasi Malaysia anjuran Institut Strategi Antarabangsa (ISI) yang bertemakan ‘Merangka Masa Depan Demokrasi Parlimen di Malaysia’ di sini hari ini.
Menurut Shahril lagi, UMNO juga kena fikir bukan parti sahaja sebaliknya juga untuk rakyat.
“Tentunya perkara itu dibincangkan dalam mesyuarat kelak tetapi saya ingin tekankan UMNO juga mesti fikir bukan untuk kepentingan UMNO tetapi juga untuk rakyat.
“Adakah dengan tarik diri sekarang adalah keputusan yang terbaik. Itu kena kita bincangkan.
“Sebelum ini saya ingin tekankan, kita putuskan untuk menyokong PN sehingga Parlimen di bubarkan hingga PRU-15 yang kita tidak pasti bila, mungkin tahun ini mungkin tahun depan. Kita tidak tahu perancangan kerajaan.
“Tapi kini UMNO ambil balik ‘kunci’ dengan menentukan tarikh menyokong PN.
“Ogos menjadi salah satu tarikh yang disebut oleh jurubahas negeri ketika PAU 2020 kerana Ogos dijadual darurat tamat,” ujarnya. -MalaysiaGazette
Umno bertindak ikut rasa dendam sahaja. Umno mana pernah fikir untok rakyat tapi selamanya fikir untok kuasa tapi bercakap memang rakyat didahulukan. Inilah penipuan umno dari dulu lagi yang rakyat buat2 tak tahu.
Kalau fikir UTK rakyat ,UTK bangsa dan UTK agama,kenapa kau punya bos meroyan UTK putuskan hubungan dgn kerajaan yg PM nya Melayu dan agamanya lslam.Lebih pelik lagi parti kamu adalah sebahagian dari kerajaan PN.Hipokrit sungguh la..UMNO ni!!
Malas komen banyak2 dah kat org2 parti ni. Masing2 buat buat tolol konon nak jaga parti keramat. Padahal ada kepentingan peribadi.
Buang President, selesai masalah umno..
talkin kan kat telinga asraf dgn presiden tu..gila nak jawatan sangat tu…ingat..rakyat yg tak berpartisan yg akan jd penentu nanti..angkuh sombong kita xsuka…tambah pulak kes songlap berderet..pun xsedar diri lgi