AMAZONAS – Pasukan penyelamat menemui beberapa mangsa yang masih hidup selepas enam hari nahas helikopter tentera terhempas di rantau Amazon.
Semasa kejadian terdapat 13 orang penumpang termasuk orang awam berada dalam helikopter Mi-17V-5, yang dilaporkan hilang sejak Khamis minggu lalu.
Akhbar El Nacional berkata, anggota-anggota tentera ditemui selamat dan akan dipindahkan ke Puerto Ayacucho.
Bagaimanapun tidak jelas sama ada ada penumpang dalam kalangan orang awam yang terselamat.
Gabenor Amazonas, Liborio Guarulla dalam Twitternya berkata, helikopter itu ditemui oleh kaum suku Asli Yecuana di lereng pergunungan Cerro Duida, Venezuela. – MalaysiaGazette