Pengurus acara majlis pernikahan kontroversi Neelofa dan pembantu peribadinya enggan memberi sebarang komen selepas mereka selesai memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini hari ini.
Pengasas dan pemilik syarikat Reka Teemor, Faiz Sabari dan Rozana Mumtaz yang juga merupakan pasangan suami isteri itu hadir kira-kira pukul 11.40 pagi tadi dan keluar selepas hampir dua jam dirakam keterangan.